Thursday, December 30, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010

Tahniah Malaysia. Harimau Muda Malaysia menutup tirai 2010 dengan gemilang. Dapat tengok Malaysia jadi juara AFF macam Malaysia menang World Cup. Mereka memang berbakat tapi masih kurang pengalaman. Masa lawan Vietnam rasanya lagi suspen berbanding lawan Indonesia. Maklum le dah ada kelebihan 3 gol. Masa aku bebudak dulu, kalau Korea dah lead, memang dia orang akan pass bola tu macam sial. Sebab tu kalau main bertahan, kita panggil "main korea". PLAYERS Malaysia mesti belajar main macam tu bila dah ada goal advantage. Tapi aku tak nak cerita pasal kemenangan tu. Aku nak cerita pasal dah 20 tahun peminat bola Malaysia menderia nak tengok zaman kegemilangan macam tahun 70'an dulu. 20 tahun asyik kalah aje. Kalah Kalah Kalah.
Sebenarnya orang Malaysia masih sayangkan bolasepak. Sebab tu masa semi final dan final - 4 game, ramai yang tengok bola termasuk yang bukan peminat dah balik jadi peminat. Tak dengar sangat bunyi motor, kereta lalu kat taman aku tu. Kat Dataran Senawang penuh. Member aku cakap le.
Jersey Malaysia pun laku habis. Member aku nak beli yang ori pun habis. Yang tak ori - gred baik punya pun habis. Makcik jual nasi lemak kat depan rumah aku pun boleh cerita bola. Aku pun terkejut. Pandai jugak dia buat analisa.
Harapan aku, cerita kejayaan ni berterusan. Ini berkaitan dengan maruah. Pulak tu lawan Indon. Kalau players Malaysia boleh maintain dan improve, lagi baik. Tak payah le menderita sampai 20 tahun!!
TQ kepada semua pemain, jurulatih, staff pasukan. TERIMA KASIH...............................

Wednesday, October 6, 2010

CAMERON HIGHLAND

Jumaat lepas ( 2 /10/10 ) aku pergi Cameron Highland buat pertama kalinya. Ikut rombongan tabika Kemas. Bayar RM 15 / seat. YAB MB NS bagi sumbangan sikit. TQ YAB.

Bertolak dari Senawang jam 11.00. Rehat kat Tapah. sampai kat Berincan sebelum subuh. Sembahyang kat Masjid Kayangan. Air punya le sejuk, pedih hujung jari. Agaknya macam mana le sakit kalau kena frost bite. Lepas subuh tu dengar le tazkirah imam. Dia kata jangan sebarangan makan kat kedai. Kedai mamak pun jangan percaya. TQ pak imam.

Jam 8.00 pagi kami punpergi ke Rose Garden. Kat luar tu ada kawasan lapang sikit. kami pun bentang tikar dan sarapan. Ada bawa bekal. Seronok anak anak tabika. Emak bapak pun seronok. Cuaca memang nyaman.

Banyak tempat yang kami lawat. Tengahari makan. Banyak lagi nasi yg tinggal dari sarapan tadi. Masih sedap. Sampai licin. alhamdulilah tak membazir. harga makanan kat CH ni melampau mahalnya. kat Pasar Malam, mee goreng RM3. Tak sedap pulak tu. nasi ayam - RM5. Orang Melayu memang sikit. Teh tarik kat Ladang Boh, macam teh tu datang dari England. Mahal. padahal teh tu sebelah aje. 5 x dari kat Seremban.

Bagi aku, Cameron Highland tempat yang sesuai nak dilawati. Nak tinggal kat situ, sorry le. Kepada orang Islam yang nak ke sana, pastikan bawa bekal. Kalau tak, budget boleh lari dek makanan. Bab nak beli cenderahati, memang banyak. nak tengok anak anak seronok, beli aje le.

Friday, April 23, 2010

HAPPY 2'nd BIRTHDAY




21 april lalu Najwa 2 tahun. baru rasanya aku azan dan iqamat kat telinga dia. Syukur alhamdulilah Allah pinjamkan Najwa untuk aku tumpang kasih sayang. Najwa ni seorang yang periang. Makan pun tak banyak masalah. Tak memilih. Suka dengar lagu dan suka dengar muzik. Dia jugak suka berendam. Kalau balik kampung, kolah kat depan rumah tempat kegemeran dia. macam abang dia. Najwa amat manja. Sepupu dia selalu datang rumah. Saja nak jumpa dengan Najwa. Najwa pun cepat mesra dengan orang. Rajin tegur orang ramai. Kalau naik motor, habis semua orang dia lambai. jadi dia popular le jugak. HAPPY BIRTHDAY NURNAZIRAH NAJWA. Semoga ceria selalu.

Wednesday, April 14, 2010

NOSTALGIA

Jumaat lepas aku kena turun JB. Aku buat keputusan naik keretapi pergi sana. Perjalanan dari Seremban ke Gemas slow sangat. KTM dalam proses naik taraf landasan berkembar. Dua tahun lagi, aku rasa perjalanan ke selatan akan selesa. Koc KTM masih lagi okay. Walaupun koc dah berumur 16 tahun ( Hyundai 1994 - pada koc ) koc tu selesa le pada anggapan aku. Banyak perubahan kat kiri kanan landasan. Masa lalu kat Kluang, dapat le tengok rumah lama aku. Banyak stesyen keretapi dah tutup. Hanya tinggal bangunan.

Tapi yang aku pelik, keretapi yang aku naik tu tak ada koc kantin. Kelaparan le aku kejap. Nasib baik stop kat Gemas lama sikit. Turun beli roti dan air. Dapat le alas perut. Sampai kat JB dah petang. Terus pergi Tropical Inn. Sampai bilik terus tidur. Dah tua ni, perjalanan jauh buat aku mengantuk. Kalau berkebun pun tak meletihkan macam tu. Di JB sampai hari Isnin. Balik pun naik keretapi. Aku pilih mengadap sebelah lain kali ni. Nak imbau kenangan sebelah lain pulak. Dah meningkat umur ni, aku suka nak kenang masa kecik dulu. Cuma tak jumpa member masa zaman budak budak. Mungkin seronok bercerita pengalaman lalu. Kuarters KTM dulu ramai teman, tapi seorang pun nak jumpa tak dapat. Dalam facebook tak berjumpa. Zaman kanak kanak aku memang menyeronokan. Allah berikan aku rezeki yang banyak. Aku tak mewah, tapi aku tak mengalami hidup yang sukar. Rumah yang aku tinggal dah ada air paip, bekalan eletrik sejak aku lahir lagi. Aku pun hairan bila masih ada tempat yang tak bertuah macam tempat aku dan aku dah berumur 44 tahun. Kampung aku pun dah ada air paip sejak 1969, eletrik 1974!!!

Monday, March 29, 2010

KURSUS HAJI / UMRAH

Semalam aku singgah kat surau di Bandar Baru Bangi. Ada kursus haji kat situ. Kali pertama aku hadir Kursus Haji. Banyak ilmu yang aku dapat. Banyak perkara yang aku tak tau sebelum ini. Dan aku masih banyak yang tak tau. Kalau hadir banyak kursus haji pun aku percaya masih banyak yang aku tak tau. Sepupu aku yang dah beberapa kali pergi haji pun turut hadir. Patut le jemaah haji dapat pujian masa buat haji. Mereka pergi haji dengan ilmu di dada. Pergi dengan idea di dada tentang apa yang perlu dibuat, apa yang dilarang dan pelbagai perkara lagi.

Aku pun naik semangat nak sampai kat sana, walaupun hanya buat umrah pada Julai nanti, dengan izin ALLAH. Keinginan nak tengok Kaabah, ziarah Rasul dll bertambah. Kena belajar kalau nak dapat Haji Mabrul. Kalau pergi pakai ikut orang lain, tak sama, Kalau tak faham tanya pada ustaz, bukannya orang sebelah. Kecualilah orang sebelah tu ustaz. Terima kasih pada pihak Tabung Haji dan para petugasnya. Walaupun sekali pergi kursus haji, aku dapat lihat komitment dia orang. Bukan perkara mudah nak atur orang masa kat sana. Allah akan beri ganjaran pada mereka. Kat dunia pun dia dah dapat ganjaran. Ganjaran kat akhirat tak boleh kita bayangkan hebatnya. Mereka ni memang berhak dapat itu semua.

Kepada yang belum daftar nama tu, cepat le daftar. Dah berniat pun ada pahala. Kalau doa tu makbul, maknanya umur aku panjang lagi. Sekurang kurangnya 20 tahun lagi. Sebabnya nak sampai giliran aku 20 tahun lagi. Kalau tak makbul doa aku, harapnya anak aku buat haji untuk aku. Lepas tanggungjawab.

Friday, March 12, 2010

PASPORT MALAYSIA

Minggu ni aku nak buat passport antarabangsa. Masa tanya apa yang perlu ada, aku diberitau antaranya ialah passport lama. Aku bagitau kat pegawai tu, pasport aku dah hilang lebih 20 tahun. Dia kata kena buat report polis. Jadi terpaksa le dapatkan report polis. Kena RM2. Lepas tu kena buat akuan bersumpah depan pesuruhjaya sumpah. Aku pergi kat Biro Bantuan Guaman. Kena RM4. Kalau dengan Pesurujaya Sumpah yang buat business tentu banyak ringgit aku kena keluar. Lepas submit borang, kena tunggu.

Lepas ni aku kena jaga, passport aku. Kalau tak, teruk nak renew. Nasib baik, aku baik dengan pegawai imigeresen. Pejabat pun sebelah pejabat aku. aku pun selalu bertegur sapa dengan dia orang. jadi prosedur siasatan jadi pendek ke tahap paling minima. tak le kena tunggu lama. Ni untungnya kalau ramah. Tak rugi apa pun kalau senyum. Cuma pegawai yang baru, asyik nak ikut prosedur berlebih lebih. Amat kurang budi bicara. Boleh kata kat Jabatan lain pun macam tu. Pegawai yang muda ni tak tau makna budi bicara. Malahan tak ada budi. Budak sekarang memang kurang hormat orang tua. kalau dalam bas, haram nak bagi tempat duduk dia kat orang tua, mengangung,cacat dsb. Zaman aku dulu, kalu kurang ajar, walaupun pada tahap sekarang sudah tinggi budi, penampar yang datang. Budak lain pun masa tu pun sama. Yang paling begar pun boleh dianggap baik hari ni. Walaupun makin pandai dari segi akademik, tapi dari segi bijak makin menurun.

Tapi aku dah dapat passport aku. Orang lama yang tolong. Nak harap orang baru. entahlah.

Monday, March 1, 2010

SYAFIAH 0H SYAFIAH

Kejadian kematian Syafiah sungguh menyedihkan. Tapi yang pasti ianya akan terus berulang. Emak Syafiah tentunya adalah musibat terbesar. Datuk dan nenek Syafiah juga adalah musibat yang membenarkan Syafiah didera. Tak perlu berlakon. Tangisan hanya lakonan. Emak Syafiah merupakan perempuan bangsat. Seekor jalang. Tak reti pilih laki. Laki masuk jel. Pilih binatang sebagai ganti. Semua boleh dielak kalau pakai akal nak pilih pasangan. Islam dah ajar bagaimana pilih pasangan. Tapi yang pasti emak Syafiah hanya tau beranak. Akal tak pernah digunakan.
Kepada Shahrizat, tolong jangan tunjuk kasihan kepada binatang. Norhanim ni hanya berlakon sedih. Dia pastinya sedang bergembira dapat duit dari orang yang tak pakai akal siapa untuk ditolong. Pastinya jumlahnya adalah besar. Lepas ni dia akan cari satu lagi bangsat untuk memuaskan nafsu serakahnya. Dia dah buktikan sebelum ini. Dia akan terus melakukannya. Buat buat pengsan. Kalau betul kasihkan anak, tentu dia tak kahwin dengan laki dia dulu. Tentu tak bersekedudukan dengan jantan jalang lepas tu. Kalau betul dia sayangkan nyawa makhluk Allah, tentu dia tak akan beranak lagi.

Memang betul, rahmat Allah lebih dari Kemarahannya. Tapi kalau melibatkan nyawa, ianya sesuatu yang amat sukar untuk dimaafkan. Nabi Adam kena bertaubat depan Kaabah. Kesalahannya tak melibatkan orang lain. Kau Hanim bersubahat dengan kes pembunuhan. Kau pilih binatang bawak anak kau keluar. Tolong le.... Hanim ,jangan buat statement kat media. Media pulak, tolong le bijak. Tolong jangan bagi binatang peluang tunjuk baik. Masih ramai lagi yang mempunyai nilai berita. Tapi kalau difikirkan lagi, media pun mewarwarkan cerita dari perfektif Yahudi Laknattullah. Fikirkan......................